Wednesday, January 22, 2014

Selamat Malam, Kasih.

Aku doakan malam-malam kau dihiasi mimpi-mimpi tentang si dia yang kau rindukan.
Kerana aku tahu kau bahagia begitu.

Suatu hari nanti, jika kau rasa lemas dalam mimpi-mimpi kabur itu, aku akan sentiasa ada untuk mencapai tanganmu keluar ke alam realiti.

Kasih,
Walau aku menjauh, aku tak pernah berputus asa.
Tidak pernah terlintas untuk aku meninggalkan.
Kerana, aku seorang kawan.

No comments: