Padahnya terlalu mempercayai kau.
Jangan tanya kenapa, dulu kau juga yang bersungguh.
Di saat aku yakin dengan segalanya, kau mula ranapkan semua.
Aku tunggu saat itu di mana aku boleh berkata dengan selesanya bahawa kau hanya suatu yang pernah.
Kau jangan bimbang tentang aku.
Aku pastinya akan mampu bernafas seperti sebelum kita mula kenal atau punyai apa-apa.
Risaukanlah diri kau sendiri.
Diri kau yang tidak pernah cuba menjejakkan kaki betul-betul ke atas tanah.
Risaukanlah diri kau sendiri.
Diri kau yang tidak pernah cuba menerina hakikat.
Risaukanlah diri kau sendiri
Diri kau yang harapkan bahagia datang bergolek dan ketuk pintu bilik kau, tapi tidak pernah cuba menciptanya.
Risaukanlah diri kau sendiri.
Diri kau yang tidak pernah memberi masa untuk diri sendiri.
No comments:
Post a Comment