Sunday, March 23, 2014

Semampuku

Jika kau kata berat badan aku patut dikurangkan kerana khuatir masalah kesihatan menimpa, aku faham, aku terima dan akan aku cuba.

Jika kau kata aku harus baca buku kerana khuatir otak tak punya fungsi, aku faham, aku terima dan akan aku cuba.

Jika kau kata aku kena basuh muka setiap malam kerana khuatir jerawat tumbuh melata, aku faham, aku terima dan akan aku cuba.

Dan sekalipun jika kau kata kadangkala aku patut diam dan belajar untuk berhenti bergurau hal-hal bodoh kerana khuatir orang akan rimas, aku faham, aku terima dan akan aku cuba.

Tetapi andai kau bilang aku sebagai seekor beruang sebenarnya lebih elok bertukar menjadi seekor burung merak, di saat itu juga kau telah menikam aku mati tanpa sempat untuk aku faham, apatah lagi untuk terima dan cuba.

No comments: