Wednesday, January 22, 2014

"Lihatlah bulan dan bintang, sinarnya untukmu!"

Malam ini aku perhatikan langit
Langit jelas tidak disinari kerlipan bintang
Bulan pun langsung tidak kelihatan.

Awan hitam rancak berarak
Melitupi sinaran bulan dan bintang.
Tetapi, sedikitpun aku tidak resah.

Kerana,
Di balik awan-awan hitam itu,
Aku yakin akan kehadiran bulan dan bintang.
Hujan atau panas, siang atau malam,
Mereka tetap ada.

Awan hitam masih berarak rancak.
Tetapi, aku langsung tidak runsing.
Kerana aku tahu bulan dan bintang tidak pernah jemu…
Sifat mereka seperti ombak yang tidak pernah putus-putus bertemu pantai.

Awan hitam masih melitupi sinaran bulan dan bintang.
Tetapi itu mengukir senyuman di riakku.
Kerana aku yakin,
Akulah bulan dan bintang.

No comments: